Friday, October 16, 2009

Luahan perasaan~

Tiga hari yang lepas saya membaca blog seseorang mengenai pemergian seorang pelajar perubatan di India, Fatimatussolihah namanya..entah kenapa,saya tertarik untuk mengetahui tentang dia dgn lebih lanjut.maka sy mencuba mencari maklumat tentangnya..hmm,orangnya cantik secantik namanya...(huhu..bukan itu yang sy nak tahu at the very first place)..
nak dijadikan cerita,saya membaca blog seorang hamba Allah (kawan kepada arwah) ini pula tentang bagaimana keadaan sewaktu dia sedang menunggu di luar Emergency Room, sambil handphone di telinga,memberitahu tentang khabar Fatimatussolihah kepada ibunya yg berada di Malaysia..dia juga menulis di dlm
blognya tatkala dia sedang bercakap dgn ibu kepada arwah,doktor yg melakukan operation itu keluar dr OT,sambil berkata, "call En Khai (kedutaan Malaysia di Chennai), get ready to send Fatimah's body back,".....
ketika saya membaca ayat ini, saya tertanya2 bagaimanakah perasaan Fatimah, apakah yang difikirkannya sewaktu kemalangan itu berlaku..?keluarga?sempatkah untuk berjumpa lagi?bagaimanakah dia menghadapi sakaratulmaut?sewaktu dalam OT kah?atau sejak dari dalam kereta lagikah?adakah sangat sakit?
semua persoalan ini bermain dlm fikiran saya..sekiranya saya yg berada di tempatnya,apakah yang sy akan lakukan pada waktu itu?dalam kesakitan, separuh sedar..?nak mengangis?nak jumpa family?sempat tak sy mengucap?sempat tak saya untuk meminta kepada Allah untuk menemukan saya dgn keluarga?sempat tak saya nak minta ampun pada Allah?
ya,sy tahu bahawa ajal maut itu tidak ditangguhkan dan juga tidak diawalkan walau sesaat,tetapi siapa dapat memberitahu bilakah saat dia akan dijemput kembali kepada tuannya?
siapa.............?
sy kemudiannya membuka yahoo groups KOT, ustaz Salam memberitahu bahawa seorang akhawat, baru berusia 28 tahun, meninggal dunia juga kerana accident..anaknya yang berusia 6 bulan masih menyusu badan...
'sedihnya..' terdetik di hati saya tatkala membacanya..
siapa sangka bila kita hendak pergi, kita tidak bisa mengatakan pada Allah,

"oh Allah, aku masih punya keluarga di Malaysia..aku masih belum berjaya berbakti kepada ibu bapaku,aku tak jadi lagi doktor, jgnlah Kau ambil nyawaku lagi,"

"ya Rabb, anakku masih kecil,sekiranya Kau ingin mengambilku, berikanlah aku peluang untuk melihat mereka membesar dan berjaya dahulu,"

kerana apa?
sebab saatnya sudah tiba..tidak ditangguhkan dan tidak diawalkan..
jari jemari saya tiba2 menjadi sejuk..risau..
ingatan sy menerawang kembali mengingatkan waktu saya mengalami accident bulan 3 dahulu..
nampaknya Allah masih membuka peluang untuk saya bertaubat serta berbuat amal..kerana sehingga sekarang saya masih lagi mampu bernafas..masih mampu makan,masih mampu bergelak ketawa serta belajar..alhamdulillah
saya ingat lagi kata2 ustaz Salam ketika kami berprogram di Serdang,lebih kurang berbunyi begini;

"...haaa..kamu accident tu, peluang untuk syahid dah tu,.."

saya paham maksud ustaz itu,kerana kami hendak ke satu program bersama sisters ketika accident itu berlaku..
tapi sy ragu2..adakah sekiranya sy meninggal dunia pd waktu itu,adakah sy syahid?
adakah Allah akan terima saya sebagai syuhada' sedangkan sy rasa dosa sy sangatlah banyak..?
baaaaannyyyak sangat! T.T
mcm mana nak meraih syahid itu kalau diri tidak dibersihkan dari dosa dan noda..huhuhu
astaghfirullahal'azim....
semoga kita semua masih lagi dipandang dan diredhai oleh Allah dalam segala apa yang kita lakukan (itu doa saya)
al Fatihah buat arwah...

Wednesday, October 7, 2009

Recharge!


Alhamdulillah..

beberapa jam usrah bersama "kita", akhirnya berjaya me"nopup" bateri yang dah hampir kong..

Sememangnya hati yang tidak diisi dengan sesuatu yang bermanfaat akan didisi dengan benda yang sia2..

dan waktu lapang itu adalah salah satu musuh yang bisa menghancurkan peribadi mulia yang cuba dan sedang dibina..

suka saya disini untuk berkongsi apa yang disampaikan oleh Abdul Hamid Al Bilali..

Beiau berkata dalam salah sebuah bukunya bahawa kadang2, kerana satu dan lain hal, tiba-tiba ada perubahan drastik di ruhiyah kita.

Solat kita tidak khusyuk.

Kaki kita terasa berat untuk melangkah ke masjid untuk solat berjama'ah, terutamanya solat subuh.

Ghairah qiyamul lail kita melemah atau hilang total.

Keinginan kita pada dunia meluap-luap.

Kita sukar untuk bersyukur dan bertaubat.

Kita akrab dengan dosa.

Kita tidak ingat akan kematian, bahkan kita tampil 'dingin' saat mendengar atau melihat kematian seseorang,atau melewati kuburan.

Kita susah diingatkan dan sangat memberontak apabila dinasihati.

Jiwa kita liar..

Liar..

Mata kita 'kering', tidak terasa untuk menangis walau sekejap.

betul kan...?

Oh, Allah itu sangatlah penyayang..tatkala kita jauh meninggalkan Dia..

maka ujian akan datang beserta dengan rahmat untuk membawa kita kembali padaNya..


"Emm,kenapa aku macam takde pape masalah pon..study,keluarga sume ok n sihat je..takde ujian ke untuk aku nih?"


Saudaraku, itu juga merupakan ujian sebenarnya..

tatkala kita bersenang lenang, syaitan itulah yang akan datang menunjukkan kita perkara2 yang dipandang seronok oleh kaca mata dunia..

Sekiranya kita tidak cukup kuat untuk menangkis godaan2 tahap gaban itu,maka jadilah kita sebahagian daripada pengikut2nya..kan?

Cuba perhatikan keliling anda, betapa RAMAINYA orang yang memerlukan anda..

ya,mereka memerlukan anda.dan kadang2, anda juga memerlukan mereka sebenarnya!

(hah, mesti ade yang pening dgr ayat sy yang berbelit nih..huhu)


Sebab tu lah, perlu ada 'ramuan' dan taujih ruhiyah untuk menjernihkan 'hati' kita..kerana 'cahaya' tidak akan menembusi hati2 yang kotor..

Jadi, siapakah yang perlu membersihkan 'hati' kita?

jawablah......
siapa..............?


Sunday, October 4, 2009

4 my sis...




Hari ini hari lahir kakak saya..


semoga ayong panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah, dan diberi kelapangan dalam semua urusan dunia dan akhirat...


dan..
















nak ckp, aku syg kat hang sebenarnya ayong..hehe..


Ikhfazillah hayahfazka..ikhfazillah hatajidhutujahaka..=)

Friday, October 2, 2009

PMC : Eid celebration (^-^)

I do believe that pics somehow are much better than words to describe sumtin'.. hehe
welcoming speech by our friendly president, Mr Brendon Lyons..


perhatian..sume baju punjabi ini dipinjam daripada seseorang yg bernama Visyen(yg diri sebelah kanan skali)..hehe..nak sgt pakai bju tradisional..

kautharians..(^-^)

peace!.


wif classmates n Dr Anne, our lecturer~


first time tgk kueh ni buleh ade warna macam2..slalu coklat je..




juadah yang available..hehee..


our funny+sporting+friendly lecturers..=)

wif lecturers, DR Chong n Dr Loo..hehe
Sebenarnya event2 mcm ni agak membantu dalam mengenal classmates, lecturers, staff dgn lebih rapat..it's a good thing i supposed..=D
ade satu lagi eid celebration that wil be held by the seniors this coming tuesday..adeh..lagi la havoc..(jgn sampai terlalai suda..huhu)





























Monday, September 28, 2009

Untuk insan2 teristimewa..







To : a’isyah, mimi, erni, adibulat, pa’are, fasya, group usrah kak pija..yg telah bertebaran di bumi UK, Eire, Oz..

Sesungguhnya saya sangat rindu akan kalian semua..T.T
Perasaan itu semakin menggebu apabila membaca email yg dikirim oleh kak zai di yg..
Katibah kita yang seterusnya akan berlangsung awal bulan depan,tetapi kalian sudah tidak lagi bersama2 kami di sini untuk katibah ini..dan nampaknya kebecokan mulut a’isyah, keriangan erni dan adibulat serta kepetahan pa’are dalam memberi pendapatnya tidak mungkin dapat saya lihat dan dengar untuk masa yang terdekat ini..=(..
Kemesraan yang lahir dari tautan hati yang dibina menyebabkan saya sangat saayang kalian semua..
Saya rindu pada pengisian, gurau senda dan aktiviti makan2, usrah online dan jugak melalui handphone yang kita adakan bersama kak zai..
Saya rindu pada A’isyah yang telah meminjamkan bahunya sewaktu saya memerlukannya..(habis basah tudung a’isyah satu hari tu...huhu)
Saya rindu pada Adib yang sentiasa tidur awal tatkala saya berkunjung kebiliknya..(memang spesies tidur awl sejak azali lagi..hehe)
Saya rindu pada perangai kebudak-budakan Erni yang kadangkala menjadi guru motivasi saya pada masa yang sama..
Saya rindu pada pa’are yang banyak memberi nasihat kepada saya..
Saya rindu pada fasya yang sentiasa menolong saya menerangkan apa yg sy tak berapa faham dlm Biology dan Chemistry (cikgu Bio kitorang sama..heee)
saya rindu waktu2 berusrah dan berjaulah bersama mimi...
Saya rinduu sangat pada kalian..........
Seperti apa yang kak zai tulis dlm email,
Sampai waktu perpisahan itu mungkin ditangisi tapi biarlah atas nama Allah yang kekal abadi.......
Selamat BERJUANG wahai sahabat2ku..
Semoga semangat untuk BERJUANG itu tidak hanya berkobar di permulaan jalan hidup kita dan tidak luntur apabila kita sudah pulang ke Malaysia insyaAllah..
Dan saya sangat suka untuk mengulang ayat yang diberikan oleh Sabrina ini..
“sertakan sistersmu dalam rabitahmu....”

p/s:..ehem2..dengarnya a’isyah duduk RI..nama RI tu apa a’isyah?hehe
adib pun akan duduk RI jugak skali sab,ain, linda n dll..

Wednesday, September 16, 2009

Sinar cahaya ayat Qursi

Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..~
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di ataspintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suamiterhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadapkejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Sunday, September 13, 2009

Di "Ire+Island"..hehe


lima hari sudah berlalu nampaknya..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..(walaupun fridge tak de lagi..huhu)..

dengan senior2 yang sgt baik, kitorang dapatlah menumpang akak2 ke bazaar n ke terawih kat masjid negeri..(masjid negeri itu sgt cantik, masyaAllah)

dan,semalam terawih sangat seronok tatkala mendengar imamnya mengalunkan ayat2 dari surah Yasin dengan sangat merdu..=)..

transportation pun telah settle..(tak kisahla walaupun pergi dengan bus sekolah,huhu)

fikir2 balik, itulah..

Perancangan Allah itu sangat cantik walaupon kadang2 kita rasa tak cantik di pandangan mata kita,

kadang kita rasa sedih, dan terfikir pada siapa kita nak mengadu, kan..?

haa, kenapa tak mengadu pada Allah?

inilah ayat yang akak usrah sy ckp time sy n beberapa yang lain mengalami accident bulan 3 hari itu..


"akak terfikir time korang accident tu, risau sgt..nak mintak tolong siapa..tak tahu..kemudian tersedar kenapa tak mengadu pada Allah..?"


hmm,mcm ni la lebih kurang ayat die..

ye, betul sangat2..

kita ni kadang2 lupa ek, nak mohon pada yang lebih sesuai..

jangan rasa apabila kita membuat salah itu, sudah "tiada maaf bagimu"..dari Dia..

jadi, usaha untuk melipatgandakan amal baik itu perlu,

kerana sekianya kita masih boleh terfikir yang kita ada banyak buat salah dan dosa,

maksudnya InsyaAllah kita masih punya iman dalam diri....=)


salam dari Penang Medical College yang indah dan damai..=D